Selasa, 15 September 2009

Tips Untuk Pelatih Latihan Praktikal



Ketika di ITM Arau dulu, DPIM mewajibkan latihan praktikal setiap cuti semester pada tahun pertama dan kedua. Jadi tak dapatlah cuti macam students kursus lain2. Tapi ada untungnya, dapat duit elaun ITM atau dibayar oleh estet dimana latihan dibuat. Pada mulanya memang gabra, sebab belajar pun baru basic science dah kena gi training. Tapi sebenarnya nasib/rezeki sebenarnya. Ada tempat bagus, manager staf bagus, dapatlah tempat tinggal dan latihan yang bagus juga. Tersilap pilih, merana lah sepanjang tempoh itu. Aku senaraikan beberapa tips berguna untuk adik2/anak2 yang bakal mengikuti latihan praktikal, agar latihan itu memberi makna pada anda dan masa depan anda:
  • Pasang niat dalam hati nak tuntut ilmu dan pengalaman. Jika ilmu berguna, sudah pasti beroleh pahala kan
  • Set target apa yang patut capai sepanjang latihan itu selain target U/kolej anda dan majikan tempat praktikal
  • Bawa sedikit bahan bacaan berguna untuk rujukan asas dan buku catatan
  • Bawa kamera digital/handpon berkamera
  • Bawa alat perakam suara jika ada
  • Bawa peralatan asas jika ladang, kasut, topi,t-shirt, seluar bersesuaian
  • Bawa top-up spare takut praktikal tempat jauh atau pun siap ada talian hayat!
  • Bawa sedikit barang makanan kering, air ,mineral jika duduk dalam estet/pendalaman
  • Jangan lupa peralatan sembahyang e.g. sejadah, ketayap, telekung juga Yasin/Quran
  • Jumpa manager/pegawai untuk melapor diri awal pagi.Pakaian kemas dan sopan
  • Bincang dan catat apa2 yang penting dan apa yang mesti/dikehendaki buat seperti jadual program latihan
  • Selalu bertanya/jumpa penyelia sekurang2 seminggu sekali, bawa catatan dll untuk berbincang
  • Masa lapang cari rujukan untuk buat laporan nanti
  • Dapatkan carta oranisasi dll hal jabatan/tempat praktikal
  • Kenali sepenuhnya staf di situ dan sekitarnya, berkenalanlah tapi jangan jatuh cinta!
  • Catatan harian mesti dibuat.Jangan tangguh2.Kepilkan handout jika ada.
  • Ambil gambar digital bagi alat/teknik pengambilan data/sampel dll yang boleh menyokong laporan nanti
  • Ambik video jika demonstrasi cara alat bekerja dll (tanya dulu boleh atau tidak guna video)
  • Hormati penyelia/staf, jangan KEREK!
  • Bersedia menerima teguran dan cuba perbaiki
  • Buat yang terbaik, tak faham tanya, cari bahan bacaan, masa free pinjam polisi syarikat dll baca!
  • Be proactive!
  • Buat costing bagi kerja2 ladang supaya tahu tahap pencapaian kerja tiap hari
  • Buat laporan sedikit demi sedikit, sekarang pakai laptop boleh update takut hilang simpan dalam yahoo/gmail dll. Boleh akses di mana2
  • Teruskan silaturrahim walaupun dah habis latihan
  • Dapatkan surat sokongan dari penyelia bila habis latihan
  • Dapatkan kata nasihat dari penyelia, what next?Masa depan, peluang pekerjaan dll.
  • Selalu jaga maruah, nama baik kolej/U, berketrampilan
  • Sentiasa peramah dan merendah diri
  • Pandai memilih kawan
  • Perhatikan dulu suasana dan rakan2/staf di tempat latihan.Kenal hati budi masing2 dulu,
  • Selalu bertanya apa tugasan akan datang/next plan
  • jangan bertindak menonong tanpa bertanya dahulu terutama melibatkan keselamatan diri dan orang lain.
  • Kena selalu alert dan prihatin pada persekitaran, ambil tau sape pengarah/bos1,2,3...
  • Akhiri latihan praktikal dengan rekod yang baik lagi cemerlang!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan