Sejak akhir2 ini macam2 cerita drama dan filem dalam dan dari luar negeri banyak yang ada cerita seram, hantu, mistik, black magic dan seangkatan dengannya. Kalu dari Endon, depa kata lagi real. Ada juga program khas untuk menjejaki hantu atau keliwon. Kelakar gak ada ke nak ambik gambar hantu...haha kita tak tentu nampak hantu, tapi hantu nampak kita. Pergi ramai2 pula tu dah tentu riuh rendah, nak tangkap hantu macam mane? Hantu keliwon pun tau juga tenguk apa yang orang buat kan...Takat nak tangkap gambar hantu, kat BBB ni pun ada tak payah gi jauh2.
Ada orang kata hantu keliwon hanya ilusi imaginasi sahaja. Nak tau senang aje, kalu terasa dalam rumah selalu rasa pelik tak sedap hati setiap menjelang waktu sembahyang macam sebelum zohor dan magrib, cubalah renjis air Yasin kat dalam rumah dari kanan ke kiri, sambil tu bacalah ayat Kursi tak henti2. Kalu nasib baik lah dapat rasa uummmphnya...ta[i jangan berhenti sebelum selesai. Ada naik bulu roma tak di tempat2 tertentu? Ada orang boleh nampak, ada yang boleh rasa saja dan ada yang boleh berdialog juga. Mungkin terlalu banyak tenguk cerita Pontianak Sundal Harum Malam, Dergawan, Keliwon, Mistik, dll kita terbayang2 benda tu.Cuba bayangkan Maya Karin sebenarnya, tentulah lain pula ceritanya. Tidor adalah mati sementara. Roh keluar merewang sementara. Terpulanglah seneri macamana dia pergi. Yang penting, dia tau keluar tau balik semula hehe.
Nak kira hantu, jin setan, kat keliling kita pun ada merata. Cuma mungkin yang ada kadang2 tak usik kita. Buang masa, buang peluru aje agaknya, sebab yang perlu dikacau adalah orang beriman bertakwa, soleh solehah. Kalu yang huhahuha mungkin dah geng, jadi tak payah kacau.
Betui tak gitu saudara/i? Tau tak pe! Jangan pandang belakang..tenguk ni baca blog ni sampai habih!
jangan tengok belakang nanti langgor orang di depan...yg teman tau jgn tak pandang belakang nih masa duduk tepi Sungai Perak dulu bila nak melep_ _ takut ada org nengok..
BalasPadam