Ahad, 13 September 2009

Teknik ulangkaji PMR SPM dulu2



Mungkin juga zaman aku dulu pada 70an dan sekarang berbeza cara untuk mengulangkaji pelajaran di peringkat PMR (dulu LCE) dan SPM (dulu MCE). Masa dulu buku rujukan pun tak banyak, nak rujuk pun lambat tercari2 kat library. Sekarang tidak, budak sekolah rendah pun pandai guna internet untuk buat folio. Semalam anak bongsu cerita dia dan kawan2 dia sama2 cari kat internet cara nak buat lip gloss sebagai projek rekaan. Sanggup keluar cari vaseline di Guardian, nak cari vegetable oil dll...hehe tak tau dia yang minyak masak kat rumah tu dari sawit tu vegetable oil jugak!

Dulu tak ada buku kecik ringkasan atau nota kecik, kat pepe harian pun tak banyak artikel membantu.Tapi sekarang dalam Utusan Malaysia, Berita Harian dll dah ada ruangan khas UPSR, PMR & SPM. Ada soalan contoh dan latihtubi.Anak saya ode pula dari Utusan Publication 4 buku soalan2 UPSR, baru RM16 guna wang pos. 3 hari sudah dah sampai hantar guna poslaju. Dalam internet pun macam2 ada cuma 1 saja yang kurang atau tak ada..apa dia?Tentulah kemahuan masing2 untuk guna segala kemudahan yang ada untuk berjaya dengan cemerlang. Ada pelajar lebih suka citcat, YM, Frendster (?), Facebook..dll dari mengulangkaji atau cari bahan rujukan dan mengakses berita semasa dalam dan luar negeri. Geografi mereka lemah, malahan ada yang tak tau Sekincan di mana!


Dulu dalam kelas beri tumpuan, buat tugasan, ulangkaji baca untuk besok atau What Next? Sambil baca buat catatan ringkas, kalu di U digelar nota toyol. Buat stail pokok atau awan atau tulang ikan.Dicatat tajuk besar, subtajuk dan apa patut tau.Jadi dapat gambaran keseluruhan atau over view apa yang patut kita tau dan baca. Pernah di U aku buat semua tu 1 sem punya silibus dalam 1 manila kad. Kawan2 pandang semacam aje tapi tak apa..aku ak ngusik orang. Malahan ada gak yang tumpang sekaki tenguk 'poster' aku las kopek sebelum masuk dewan pereksa. Pelajaran dibaca diulangkaji berkali2, tak paham buat grup diskusi dan tanya cikgu.Kalu 1 grup ada 5 orang, tiap orang 1 tajuk.Masing2 baca tajuk dan major betul2 utk dibincang dalam grup.Tak de istilah sleeping partner..semua working partner bersifat compliment to each other BUKAN to compete each other.


Macam orang nak jadi Al Hafiz juga, kena banyak kali baca ulang2.Pernah keluar soalan aku macam boleh ingat mukasurat berapa jawapan dalam buku dan kat mane.Sampai gitu sekali! Masalah sekarang ramai yang buku tenguk orang bukan orang tenguk/baca buku.Budaya membaca termasuk surat khabar amat lemah dikalangan pelajar sekarang termasuk yang kat U. Buktinya bila ditanya hal ehwal semasa tak tau, tak elert..bila tanya lebih lagi..tak releven jawan deme, dll.

Gitulah...zaman dah berubah, dunia makin maju.Tapi otak dan cara pemikiran kena maju jugalah kan.Tak dinafikan ramai gak yang bagus2 tau menilai dan menggunakan sumber input sebaik mungkin.Semua ni penting untuk bekalan bagi bersaing di peringkat kolej/U dalam dan luar negeri. Ada gak kengkawan masa sekolah ok masuk U ko. Sebab di rumah semua ada disediakan kemudahan serba serbi.Kat kolej/U kena share, bersaing, kejar sana sini.

Jadi fikir2kan lah adik2 semua..nak berjaya kena susahlah dulu..bak kata orang dedulu:

Berakit2 ke hulu
Berenang2 ketepian
Bersakit2 dulu
Bersenang2 kemudian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan