Sabtu, 12 September 2009

Mengapa Melayu kurang Maju? (Peringkat IPT)


Bila aku masuk 'high school' di Serdang pada 1995 lalu, terasa perit gak pada mulanya.Mau tidaknya..diploma aku dah hampir expired dan tak banyak dapat exemptions. Jadi aku kena ambik balik basic sciences, gitu gini. Dari peringkat orentasi hingga grad, dapat aku perhatikan perbezaan prestasi kawan2 seMelayu termasuk aku dan bangsa lain terutama Cina di situ. Eloklah aku senaraikan satu persatu agar mudah diikuti dan boleh difikirkan bersama. Mungkin bagi aku betul tapi bagi mike semua tak, itu terpulanglah..negara kita negara demokrasi, maka bebas untuk bersuara dan berkongsi pendapat.Pokoknya, akhir kalam ada benda yang boleh dimanafaati bersama:

  • Semasa induksi/orentasi, pelajar2 senior/AJK Orentasi banyak buang masa memberi penerangan berjela2, tidak fokus dan merendah2kan tahap pemikiran freshies.Walaupun tak boleh ragging secara terang2, program dan ketidakkesesuaiannya mengkatak tempurungkan para freshies sepanjang tempoh orentasi
  • Senior Melayu/AJK Orentasi lebih sibuk menengking, menjerit2 walaupun untuk hal2 yang remeh temeh. Cara nak Islam tapi perjalanan dan penghayatan tiada kepimpinan melalui tauladan. Ada yang ber'couple2' sesama AJK dan tak kurang juga mencuba nasib pada freshies
  • Senior Melayu/AJK Orentasi lebih berminat mendera freshies menggunakan masa terhad meminta para senior/AJK menandatangani buku cenderahati/assignment sebelum diistihar tamat minggu orentasi. Buang masa dan memenatkan. Tapi senior pelajar2 Cina lain, diguna masa tersebut dengan memberi penerangan secukupnya untuk junior dia orang.Beri peta kedudukan kelas, bangunan2 penting, dewan kuliah dll. Di beritahu apa patut buat minggu depannya untuk daftar subjek/fakulti.Diberi borang untuk daftar subjek2 wajib/elektif,perlu dapat tandatangan pensyarah dll.Jelas dan jitu, tak buang masa.Pelajar Melayu masih lagi dilatih terjerit2 di dewan di padang parking untuk benda2 yang tak mustahak dan releven
  • Bila belajar, pensyarah bagitahu saja buku rujukan, budak2 Melayu tersalin2 saja. Walhal pelajar Cina cepat2 hantar wakil cari kat library dan buat pinjaman.Seterusnya irotate sesama dia orang
  • Dalam kelas, mereka jarang bertanya tapi selalu duduk depan dan cepat datang.Budak2 Melayu ada jugak cepat, suka uduk belakang dan dekat awek2 cun
  • Bila ada praktikal pun sama, budak Melayu takut2 guna bahan kimia/alat radas tetapi budak Cina terus ambik, setiap orang ada strategi untuk ambik tiap satu benda untuk kumpulan.Kadang2 silap dibuang saja.Budak Melayu takut dimarahi lab asistan (bukan pensyarah!)
  • Dalam kelas budak Cina salin tiap patah perkataan pensyarah tanpa jemu.Budak Melayu ambik poin penting aje, tak sempat cai awek mane patut gi fotostat aje
  • Bila bab fotostat budak Melayu amat liat nak keluar duit.Tunggu dapat FOC atau pakai duit hang dulu la...las2 yang nak berbakti makan pokok!Budak2 Cina lain, depa ada konsortium, ada bendahari.Kutip RM10 dulu tiap ahli, fotostat aje apa yang pensyarah bagi atau dijangka penting.Tolak akaun tak cukup collect lagi.Memandangkan aku rapat dengan depa sebab selalu jadi project leader, aku tenguk compilation soalan2 objektif misalnya dibinding 'dari zaman jurassic park ke sekarang'. Tak heran lah depa skor kalu soalan objektif terutama bagi soalan lecturer yang pusing2 cam tu..soalan jadi jawapan..ubah jawapan jadi soalan
  • Usaha budak2 Cina pun jauh lebih gigih, lebih cepat dan cekap.Orang Melayu slow n stedi..buat apa cepat2 yop kang xciden..esok pun boleh..tak lari kedai fotostat dikejor..exam lambat lagi!
  • Bila bab bertanya tips soalan, tak faham sesuatu bab, budak Melayu bila jumpa pensyarah ikut nasib..kena yang ok lega..terkena yg ko..terus taubat nasuha tak nak gi jumpa lagi.Budak Cina lain, hari ni jumpa,esok jumpa, buat apoimen. kena marah hantar orang lain pula jumpa..las2 boring2 pensyarah pun bagilah tips sikit.
  • Bab pandai dan rajin..budak Melayu takla bodoh sangat dan pemalas sangat n budak Cina taklah rajin dan cerdek sangat.Aku yang agak veteren pun boleh dapat markah terbaik Bio dll masa tu, makna kata ok jugakla budak Melayu cuma usaha kita kureng mantop! Budak Cina lebih istiqamah dan berstrategi mantop.
  • Aku pernah jadi projek leader experiment tanam kangkung tenguk kesan baja ada lebih kurang 60 batas. Aku tenguk budak Melayu lagi rajin mengusahakan batas2 terutama grup yang tiap hari awek2 turun! Kerjasama di ladang, di makmal dan semasa membuat laporan serta pembentangan banyak memihak pada budak2 Melayu.
  • Semasa konvo pun ada banyak perbezaan. Budak2 Melayu jarang beli bunga dan tangkap gambar frame besor2 pasang siap. Budak Cina tak, hari tulah hari paling grand dan diraikan sehabih sakan.

Gitulah pemerhatian aku.Walaupun aku Melayu sejati, kadang2 aku kecewa jugak ada perkara2 yang jelas aku tenguk tak berapa betul tapi tak dapat aku perbetulkan. Bila teringat hadis nabi Muhammad SAW yang lebihkurang camni.."kalu kita tenguk suatu yang tak betul, kita tak dapat betulkan dengan tangan, kita guna lidah kita.Tapi kalu dengan lidah pun tak mampu, gunalah dalam hati.Itulah selemah2 iman!".

Kita hidup macam roda lani 'Eye on Malaysia'..kadang atas kadang bawah kadang kiri kadang kanan..kadang terhenti kadang terbuai2....Tapi naik kena bayar.Bayar tetap bayar. Akhir kalam naik, turun tang tu jugak...

Fikir2kanlah wahai saudara/i....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan