Khamis, 3 September 2009

Sejuk mata memandang




Adakala di waktu2 sunyi sebegini,diselangi angin awal pagi menerjah minda ke seluruh database otak yang berfikir..terpandang panorama indah dan wajah2 ayu di paparan internet. Meskipun tidak sampai ke tempat yang ditunjukkan...meskipun tidak bertemu wajah2 ayu yang dipaparkan, minda bagai dicaturkan itulah keindahan.Ada yang kata sejuk mata memandang..ada yang berkata halua mata...dan macam2 lagi.R Azmi dalam lagunya,'Dari kerana mata' mempunyai senikata yang begitu mengasyikan...perhatikan: Dari kerana mata...yang empunyai kuasa..oooo aku tergoda..aku tergoda.. terkecewa...dari kerana mataaaaa...'




Tadi aku sempat menyinggah satu laman blog sahabatku Roheng yang kini terpaksa bertugas di pendalaman Borneo.Tulisan2nya dan cerita2nya ketika di SMS Perlis dan ITM Arau mengimbau nostalgia yang begitu mendalam.Apatah lagi dia pernah sebilik denganku. Wajahnya tetap berseri2 apatah lagi masa tu ayah dia polis Balai Beseri, Perlis!Tahun lepas dapat berjumpa dia di Sibu bersama teman lama, Azini Omar yang kini dah jadi vice presiden perladangan swasta.Aku juga terpandang foto lama aku dan geng seangkatan Kesatria ITM Arau, tak sangka sahabat kita juga seorang platun komander (platun syihgu kita orang) dah jadi orang paling BESAR syarikat telekomunikasi selular.Itulah nasib dan rezeki orang.Ada seorang lagi Enal, dulu masa ITM suka pakai rayban..bila tanya nape hg ni?Aku bond la...tup2 dengar cite memang dia jadi bond sekarang!




Tuan guru dulu pernah berkata...ada benda yang kita tenguk aje dapat pahala...belum buat apa lagi...dalam hati ni berkata2 tentu sejuk mata memandang sebonar2nya...apa dia ustaz? Dia menjawab,"Tenguk Quran, kaabah, wajah ibubapa dan alim ulamak". Oh gitu rupanya....




Salam Jumaat dan Ramadhan al mubarak

Tiada ulasan:

Catat Ulasan