Selasa, 15 September 2009

Kenangan bersama Saudara Chuari Selamat








1979/80 Aku mengirim 2 kisah kenangan pada Saudara Chuari Selamat RTM, dan dibacakan dengan penuh perasaan oleh beliau dalam ruangan "Kenangan" yang disiarkan waktu malam. Dua tajuk yang aku ingat adalah 'Arwah Hamid dalam kenangan, iaitu sahabatku semasa matrik Sekolah Alam Shah yang meninggal akibat ketumbuhan dalam otak dan OPKIM Orang Asli Kg Gepai, Bidor, Perak. Disebabkan nama dan alamat penuh aku dibacakan, tak lama selepas itu aku menerima banyak pen pal dari seluruh tanah air. Rata2 yang menghantar mempunyai hobi yang sama iaitu menulis. Walaupun aku aliran sains tapi corak penulisan ku bercampur, sedikit sastera, sains, pengajaran agama dan luahan rasa dari pengalaman sendiri.

Aku bersyukur amat sangat setelah mendengar dari corong radio, lebih 20 tahun selepas itu aku dapat berjumpa berdepan dengan Tuan Haji Chuari Selamat yang kini salah seorang bos RTM dalam acara berbalas pantun dan bergambar dengannya. Walaupun raut wajah telah nampak akan kematangannya setelah sekian lama dalam bidang ini. beliau masih berinteraksi seperti dulu. Pada majis yang sama aku dapat bertemu saudara Jefri Din, penyanyi pop yeh yeh dulu, Jaafar Onn, Salwa Abdul Rahman, Uji Rasyid, Ciko dan saudara Ahmad Fauzi.

Kawan baik aku menjemput aku ke situ, ingatkan kat konti saja rupanya atas pentas dalam dewan. Dulu pun masa jadi wakil pihak perempuan anak jiran bertunang dengan orang Melaka ada juga berbalas pantun, gabra juga bila nak buat secara impromtu ni tapi dah diberi semangat oleh jiran2 dan kawan2 .."jawab yop jawab", maka aku pun jawab ringkas aje 4 kerat:

Naik feri laju-laju

Hendak pergi ke Pulau Pinang

Sudah sepakat semua pun setuju

Jadi sahlah sudah majlis bertunang.

1 ulasan:

  1. Saya masih ingat Rancangan Kenangan terbitan Chuari Selamat. seingat saya pada waktu itu saya dalam Tingkatan 2. Selalu berebut dengan kakak saya nak dengar rancangan itu.(Maklumlah radio saiz kecil pakai bateri.akhirnya tak dapat dengar kerana gaduh abah ambil simpan radio tu) Kalau tak silap rancangan itu ke udara hari Ahad mlm Isnin. Rancangan Kenangan terus jadi kenangan sekarang. Malah pada ketika itu ada juga siaran daerah kawasan selatan (RTM Melaka) cuba meniru rancangan itu menjadi Rancangan Kenangaku, pun mendapat sambutan pendengar di selatan (Melaka/johor) apatah lagi apabila DJ Latifah Sidek membaca setiap kenangan yg dihantar pendengar.

    BalasPadam