Bila masuk alam pekerjaan, ramai kengkawan mengeluh kerana bertahun2 belajar bila kerja tak de kaitan langsung, not related at all kata deme. Sebenarnya dalam learning process semua ada relation.Masa beredar mematangkan diri kita. Pengalaman merupakan cara pembelajaran yang amat berkesan juga.Bak kata Mat Saleh..We learn from mistakes..tapi bukanlah dengan buat salah saja baru dapat belajar! Rata2 yg dah habih ngaji takut kalu jadi taukeh ladang anggur@penganggur lepas habih ijazah/diploma dsbnya.
Dalam kerjaya juga ujud perbezaan ketara baik di sektor gomen maupun swasta. Mungkin pengalaman aku di berbagai tempat dapat dikongsi bersama:
- Semasa aku bekerja di syarikat swasta sebagai eksekutif jualan, aku ditugaskan untuk mendapatkan tender/pembelian, terutama di jabatan gomen.Mungkin kuota kut aku pun dapat keje itu. Bila sale kurang kena kejor tapi bila sedap dapat order sampai satu tahap kena blok.Macam2 alasan ada.Rupa2nya depa bagi ngam2 aje. Aku diajar teknik2 PR dengan bos2 gomen dalam berbagai hal.Ada yg selari dan ada yg amat tak selari dengan naluri prinsip hidup aku.Salesman Cina cekap kebel banyak dan memang kontek pun bagus.Salesman Melayu semua bergantung pada Cina juga..bahan, transport, gudang dll,Jadi kat mane2 peringkat pun boleh sangkut kalu tak betui gaya.Kalau di ladang dan di kilang getah yang managernya selalu bukan Melayu, tau2 lah caranya. Pernah aku praktikal di satu tempat, dari mula sampai habih, manager 'tak de masa' untuk kami treni berdua.
- Bila keje dengan Melayu pula walaupun tak semua tapi banyak kes berlaku yg sama. Bila bos team A naik, maka team A lah yg mewah dan dapat macam2.Bila team B naik pula gitu juga, disisih pula team A.Bila dua2 tak ngam, ambil org luo jadi team C..diimpot pula team dia.Lalu lagi haru jadinya. Dasar pun berubah tak ada kontinuiti.
- Bila bab sambung belajar, naik pangkat, kursus dalam luar negeri macam tu juga.Blue boy atau yg menepati selera dapat laluan mudah.Yg tak boleh jadi boleh.Quran dan hadis je tak boleh ubah.Ada gak yang tamak, semua nak ke dia.Yang basi, yang agak boleh remeh temeh akhir kalam tak ke mana dapatlah kt kita.Pilih kasih berleluasa. Ampu bodek walaupun kanser tapi diterimapakai.Sejarah Melaka dah bagitahu yg mengampulah yg menjual Melaka, yg dikata derhakalah yg mempertahankan Melaka tapi cakap tarak uumph tarak kesan
- Budaya Melayu sesetengahnya lebih cara enau dalam belukar.Masing2 nak lepas tembolok sendiri.Bila sangkut baru cari orang. Tak de fikiran dalam hati."apa ke sudah budak2/staf aku?Bila nak naik?Nak upgrade?Sambung belajar?". Maka akhirnya lain orang bersawah bergelumang lintah, lain orang yang collect padi dari combine harvester.Tidak ada strategi pelapis dan menghagai jasa yg lama.Orang Cina lain.Kalu dia jadi bos, dia susun dari awal pelapis dan bawahan.Diselit jugak orang Melayu tapi tiap kepakaran dah ada oramg dia.Sampai masa bila ada jawatan, interbiu terbuka pun orang dia yg dapat sebab itu yg paling layak. Orang Melayu sesetengahnya suka cantas.Takut kena potong dicantas dari awal.Tak de dalam fikiran kalu anak buah berjaya, hidup dia lebih bermakna,murah rezeki dia.Aku tolong dia mungkin satu hari ada orang tolong aku, anak cucu aku pulak!
- Ada sesetengah menggunakan kesempatatan yang ada untuk kroni, kerabat,sahabat terdekat saja.Tak mau dengar pendapat yg lain.Maka bila jadi haru biru lain orang yg dipersalahkan.Tak ada konsortium macam Cina.Pernah Saudara Ann Wan Seng berceramah katanya Cina dengan Cina saling tolong menolong bila berniaga tak macam Melayu yg ada hasad dengki dll.
- Ada juga yang terlalu opportunist. Kalu tak ade untung tak nak dengar. Lebih bersikap berkepentingan peribadi, konflik dalam kepentingan dan mempunyai agenda tersembunyi (Personal interest, conflict of onterest & hidden agenda). Mereka tidak segan silu menggunakan apa yang ada untuk berjayakan agenda dan aktiviti mereka, tak kira bajet, tak kira apa pun janji beres. Bila ada peluang baik, sorok2 kongsi sama kroni sahaja..bila tanya nape tak bagitau alasan mudah cari tak jumpa, bila ada masalah atau tersepit cari kawan seramai mungkin agar tak kena tiaw sorang2.
- Walaupun rata2 Melayu Islam tapi ada sesetengahnya yg sembahyang Tuhan yg sama, ikut Nabi yg ama, guna Quran yg sama, kiblat yg sama tapi sanggup naya sesama bangsa.Tak tau lah kat mane pergi ajaran Islam yg kata tolong binatang pun pahala nikan pula sesama Islam...naya binatang pun dosa apatah lagi naya sesama Islam?Ada yang guna kepandaian yang ada untuk memperbodohkan orang lain. Tak terfikir agaknya Tuhan pun boleh tarik balik kepandaian dia pada bila2 masa sahaja.
- Ada orang Melayu ada pengalaman ada ilmu tapi tak nak share.Alasannya aku dulu pun sendiri2 tak de sape tolong...aku pun payah nak dapat!Tak terfikir dia berbuat baik pahala, ilmu baik dipanjang2kan jadi amal jariah.
- Orang Cina berlainan cara pembawakan tapi matlamat tolong bangsa dia sama.Kita ada sesetengahnya tak nak fikir camtu.Mungkin bagi deme tolong orang jadi luak atau kurang!
- Bila orang Cina/India masuk Islam dan sudi berkongsi pengalaman macam saudara Ann Wan Seng, Dr Redhuan Tee, Ustaz Farid dll macam2 perkara yg kita fikir sensitif dapat dirungkai dengan baik sebab depa dah lalui dan tau.Cuma orang2 macam depalah yg nampak amat bersyukur jadi Islam berbanding kita yang berketurunan Islam dari dulu kala..bak kata oghang Peghak dapat saja.
- Ilmu, pengalaman dll Melayu dah maju ke depan malahan dah sampai ke angkasa lepas tapi bab dalam hati masih ada kabur.Ada sesetengahnya masih dibelenggu tamak haloba, selfish, tak prihatin, hati kering dan tak sedar2 diri walaupun macam2 nasihat kengkawan, ustaz dll.
- Ate sampai bila camni?Melayu mudah lupa...bab lupa ni apa bangsa pun boleh lupa yop tapi lupa tang mane?Sepatutnya keazaban diri bila dah senang..diguna sebagai pengalaman biar orang lain jangan jadi macam dia dulu. Ni tak..biarkan dia rasa.Aku pun susah dulu.
- Selain itu kewarasan, sanggup menjadi pendengar setia (Good listener), ikhlas, prihatin,berwawasan dalam erti kata sebenar amat penting.Ingat aje apa yg dibuat bukan habih kat sini aje.Kat sana nanti di ON balik video kena soalsiasat jugak.
- Walau bagaimanapun tahniah dan bersyukur ada juga org Melayu Islam yg berjaya sekarang tapi tetap aktif dalam membantu orang2 yang kurang bernasib baik dan masyarakat umumnya.
Apa2pun fikir2 la betul tak cakap aku tadi?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan