Selepas sahor, dia terus membuat draf ucapan kerja rumah yang ada. Sememangnya dia orang yang teliti bila bertanya mahu terperinci ...'detail'.Dia akan terus tanya hingga dia puas hati.Bila bercakap dia marah kalau tak memandang padanya. Inilah harapan aku agar beliau menjadi seorang doktor satu hari nanti.Dulu aku pernah bercita2 sebegitu tapi nasib tidakmenyebelahiku.Antara teman yang berjaya adalah Dr Rahman Jamal, yang mengetuai misi penyelidikan Datuk Dr Sheikh Muzapar ke ISS...Dr Md Shah, Dr Shahidan yang dikhabarkan dah menjadi pakar forensik.
Mengikut rekod terdahulu Nadhirah tiap tahun dapat hadiah augerah.Moga2 tahun ini dapat lagi.Biarlah dia yang bakal meneruskan pengajian dalam bidang sains meskipun 4 yang lain dalam bidang yang lain.Walhal aku dan isteri adalah saintis dalam ertikata umumnya.
Suboh pelan meninggalkan kita, mentari bakal menjelma.Maka bermula semula kitaran harian yang sedia ada.Semoga amal yang baik diambil kira, InsyaAllah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan