Teringat di kala budak2 dulu arwah bapak berusaha gigih mengejut bangun untuk bersahor.Selalunya dia akan kata "Aaaa..dat tinggal sepuluh minit je lagi ak imsak,..bangkit2!". Mau tak mau bangun jugak lah takut tak bersahor..rupa2nya lambat lagi imsak.Dengan adikberadik 12 orang tentulah satu tugasan yang amat berat buat arwah emak dan bapak untuk membesarkan kami..memberi pelajaran, pakaian, tempat tinggal dan keperluan lainnya. Arwah bapak hanya guru sekolah rendah...arwah emak hanya suri rumah tangga dan berpelajaran rendah tapi penuh dengan kesabaran, tabah dan penyayang. Tak menang tangan ada saja yang dibuat untuk menambah pendapatan bagi menanggung anak2 seramai 12 orang (tak termasuk 2 orang meninggal di masa kecil).
Semua in memberi pengajaran dan ingatan..macamana mereka dapat membesarkan anak2 yang ramai.8 diantaranya berjaya di peringkat kolej dan U dalam dan luar negeri.Kita Tuhan menguji aku dengan 5 anak sahaja, dengan pendapatan keluarga yang sederhana, terasa amat sangat semua kos2 pengajian anak2 kini.
Di waktu sahor ini, aku perlu bermuhasabah...dan kenang kembali kata2 arwah bapak..."kamu tua nanti kamu tahu la..."
wslm
Tiada ulasan:
Catat Ulasan