Sejak akhir2 ini, gempa bumi kerap berlaku walaupun tak semua membawa bencana tsunami. Kejadian di Sumatera Barat yang banyak merobohkan bangunan serta Samoa, Tonga di Pasifik menyebabkan beratus nyawa terkorban. Kita bersyukur yang amat sangat, negara kita buat masa ini masih terlindung dari semua itum walau pun gegaran2 kecil boleh terasa di sana sini. Teringat kisah tornado di USA, begitu juga bermacam2 nama ribut taufan di sana. Dalam satu ruangan TV dibuat temuramah rambang, ramai yang berkata itu lumrah alam kerana USA berhadapan lautan luas. Cuma ada beberapa orang tua yang ditemui berkata 'mungkin balasan Tuhan terhadap kemungkaran yang dilakukan oleh manusia'. Para ustaz juga pernah berkata, kalau Tuhan nak turunkan bala bencana, terkena juga pada orang2 yang tak berdosa.
Bencana yang datang dan pergi tetap menjadi lipatan sejarah. Begitu juga kemalangan maut di Malaysia pada tiap kali perayaan. Bermacam2 OPS Sikap dll telah dibuat, angka kematian tetap tinggi. Ada yang kata akibat manusia yang sukar untuk didisiplinkan. Kena saman pun laju juga. Ada juga yang kata semua itu takdir dan ianya tak boleh di rubber (padam).
Apa pun hargailah nyawa kita dan semua yang sama2 bernafas di sekelilingnya. Salam Jumaat. Alfatihah buat roh2 mereka2 yang telah pergi dahulu dari kita.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan