Dalam kehidupan seharian baik di rumah, di pejabat, di bandar mahupun di kampong kian jelas watak2 hipokrasi dalam hidup. Ada suami buat baik depan isteri tapi hiprit di belakangnya. Begitulah disebaliknya. Ada yang suka jaga tepi kain malahan dalam kain orang lain walhal kain sendiri koyak pun tak perasan. Anak2 ada yang buat tengin di depan mata, tapi macam2 projek di belakang ibubapa. Di pejabat pula, ramai gak yang bermuka2 serba boleh di depan bos tapi serba tak tahu di belakangnya. Mengampu satu kemestian bagi yang hipokret kerana itulah senjata dan kemahiran yang ada selain air lior. Tapi semua ini berlaku tentu ada sebab yang begitu kondusif bagi mereka2 menjadi hipokret. Mungkinkah kerana mengejar secebis habuan dunia?sikit atas ranking di mata bos?Mungkinkah budaya apa yang dilihat di depan mata mengatasi apa yang mampu dilaksanakan oleh seseorang staf bawahan jadi ukuran?
Hipokrasi banyak menyusahkan dari menenangkan keadaan. Banyak masalah displin, perlaksanaan dalam tugas tergendala akibat dari ujudnya makhluk2 perosak bersifat hipokret ini. Budaya sihat, cemerlang, maju ke depan, kreatif, inovatif dan bertanggungjawab tidak akan terus subur jika budaya hipokrasi dalam tugas, dalam pergaulan, dalam perniagaan dll tidak dibendung.
Ramai yang bertanya..apa itu hipokrasi?Bahasa mudahnya bemuka2...depan lain belakang lain..cakap lain buat lain..sesumpah..cicak koben dll gelaran ada. Tapi yang amat terasa ada yang kata munafik!Ada yang kata mana ada orang betul benor yop..sedangkan tidor dengan bini sebantal pun mimpi lain2. Teman pun tak pernah dengor tidor lain2 bantal pun dapat mimpi sama!
Ate mike tanyalah diri sendiri...mike hipokret ke idak?Suka ngampu ke tidak bos? Ampu ke tidak tu mike punya kepakaran masing2, yang penting jangan nyusahkan oghang lain je..dan jika ada kemahiran, kepakaran turun2kan lah ilmu dan pengalaman pada yang lain..jangan kohun beb!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan