Sabtu, 24 Oktober 2009

Komen prestasi pelatih latihan praktikal



Apabila selesai tempoh latihan praktikal, samada 2, 4 atau 6 bulan, lazimnya pelatih akan meminta penyelia latihan praktikal mengisi borang tamat latihan praktikal dan mengisi borang penilaian prestasi. Bagi mendapatkan cop dan sign tamat latihan praktikal tak jadi masalah. Tetapi untuk mendapat laporan penilaian prestasi, para pelatih perlu mematuhi beberapa perkara dahulu. Ini memandangkan telah ada kes di mana apabila semuanya diisi dan dihantar atas dasar percaya pada pelatih, akhirnya ada para pelatih tidak menghantar laporan, data-data penyelidikan dan yang berkaitan sebelum meninggalkan tempat latihan.

Latihan praktikal wajar bersifat 'win-win situation'. Para pelatih mengikuti program latihan yang mengandungi mini projek, diberi tunjuk ajar, diberi elaun praktikal dalam RM10 sehari dan dibayar elaun lojing dan elaun makan setara dengan PRA jika bertugas di luar stesen. Pada masa yang sama, para pelatih menolong mengambil data2 penyelidikan dan kajian majikan amnya, penyelia khususnya. Para pelatih diajar teknik dari awal hingga akhir proses pengambilan dan analisa data. Mereka juga perlu menulis laporan yang selari dengan kehendak U dan majikan tempat praktikal.

Berikut adalah perkara2 yang perlu dibereskan sebelum tamat latihan praktikal dan meninggalkannya:


  1. Menghantar draf laporan praktikal pada penyelia (soft dan hard copy), setelah diedit buat pembetulan dan hantar padanya dan majikan

  2. Memberi semua data2 penyelidikan dan kajian (soft dan hard copy) yang dibuat sepanjang tempoh latihan praktikal pada penyelia latihan praktikal

  3. Berbincang dan bertanya secara aktif perkara2 yang berkaitan dari masa ke semasa agar latihan praktikal memberi makna kepada para pelatih terutamanya

  4. Perlu proaktif mengenali semua staf dalam makmal atau kumpulan penyelidikan dimana mereka berlatih dan tahu pegawai2 atasan berkenaan

  5. Memohon tandatangan borang tamat latihan praktikal dari penyelia


  6. Memberi borang prestasi pelatih bagi latihan praktikal, borang ini akan dipos terus pada pihak penyelaras latihan praktikal di U berkenaan setelah diisi oleh penyelia latihan praktikal

  7. Memohon surat sokongan/testimonial dari penyelia jika perlu

  8. Meninggalkan nama dan alamat serta nombor telefon bagi memudahkan urusan berbangkit atau bagi penghantaran cek elaun praktikal dan kerja luar stesen

  9. Bermaaf2an sesama pelatih dan staf tempat latihan

  10. 'Keep in touch' dan bukan 'touch n go' selepas tamat latihan praktikal !




1 ulasan:

  1. Malim Nawar, memang setiap pertengahan tahun atau hujung tahun, ramai trainee masuk... konon nya untuk menjalani latihan amali, latihan industri dan sebagainya. Malang nya, kebanyakkan trainee yang masuk, selalunya ilmunya kosong... teori pun hancus, jadi waktu training, kita pulak terpaksa spend banyak masa untuk dia orang... kalau tak , biarkan saja... ajar supaya yang berminat mencari ilmu melalui soal jawab, pemerhatian dll, Masalahnya, kat kampus atau dalam kelas, mereka seperti setakat nak lulus periksa, bukan nya untuk pengetahuan dan kelulusan. Setengahnya ternyata lembik.

    BalasPadam