Khamis, 8 Oktober 2009

Hitam putih


Bila berhadapan dengan zaman dah berubah, dunia dah maju ni, macam2 hal boleh berlaku.Dulu kena beratur kat bank, sekarang tak payah..hujung jari je dah boleh transfer atau bayar duit itu ini. Kalu dulu kita berjanji, cakap aje ada saksi kengkawan pun dah jadi.Tapi lani tak boleh dah.Sume kena ada BLACK & WHITE...cakap bahasa loyor... mesti ada bertulis. Adakah sebab nak mudahkan bahagian rekod dan rujukan masa akan datang ataupun lani ramai sangat yang kaki penipu pembelit?
Wasiat pun sekarang boleh dibuat melalui agen2. Deme kata senang kalu apa2 hal berlaku. Tak kurang juga yang siap sedia ambil macam2 jenis insuran/takaful. Nawaitunya biar yang tinggal tak susah bila dia padam (tapi dia tak tentu senang dalam kubur macamana???). Gitulah hidup..yang bernafas pasti akan mati tapi tak tahu bila dan di mana. Tenguklah gempa bumi di Padang, Indonesia, ada kampong yang terus tertimbus bersama2 lebih kurang 400 orang penghuni. Tadi dikhabarkan ianya akan terus diisytihar sebagai kubur besar. Tapi kadang2 malang juga orang2 kita yang bersusah payah membantu, ada juga yang membaling batu dll ke arah kita. Inilah yang Ah Kaw kata "ni macam punya olang pun ada ka?". Tak pe la Tuhan Maha Mengetahui niat baik kita untuk membantu mereka2 ditimpa bencana macam tsunami di Acheh sebelum ini. Yang ni tak payah hitam putih, walaupun kebenaran diperlukan sebagai formaliti. Takan kita buat deq aje sedangkan yang dikatakan 'abang kita' dirundung malang kan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan