Pada zaman 60an hingga 80an, kita masih lagi banyak masa menumpukan perhatian dan tenaga di peringkat survival. Duduk di kampong, bila dapat masuk sekolah asrama dan U dah jadi 1 kejayaan besar. Buat kenduri oa selamat! Apatah lagi ada yang dapat melanjutkan pengajian di luar negeri. Kenderaan yang ada pun terhad dan pergerakan serta perhubungan juga terbatas. Namun begitu, semangat ingin berusaha untuk mencari ilmu dan menimba pengalaman ditiup dan digalakkan oleh ibubapa, guru2 serta para pemimpin masa itu. Kerajaan pula menyediakan biasiswa di peringkat sekolah dan U. Tak payah bayar balik! Tak banyak cerita kedengaran tentang budaya negatif para pelajar walaupun ada kes terpencil. Arwah bapa bekas guru pernah bercerita, dulu sayangkan guru sampai tolong bersihkan kawasan rumah guru, ada yang datang bawa buah tangan atau kayu api. Penghormatan pada guru amat tinggi sekali walaupun ada kala guru merotan juga.
Sejak akhir2 ini, semua ini dah berubah. Sekolah biasa pun boleh mencapai keputusan cemerlang macam sekolah asrama. Ramai yang lebih suka duduk rumah kerana segala kemudahan ada dan tak payah berebut2 dan diprogram oleh loceng di asrama. Dulu adik beradik ramai, bila masuk asrama lega, makan sedap semua teratur. Guru2 pun tak boleh rotan tak tentu pasal, mungkin mak bapa akan serang balik malahan ada kes murid pukul cikgu pula. Ada yang sabotaj, mungkin calarkan kereta, ugut nak pukul, mak bapa nak dakwa di mahkamah dll. Seolah2 guru sekarang kurang dihormati. Tak taulah samada kualiti dan ketokohan dah kurang atau tiada atau pun masyarakat sekarang kurang prihatin atau kurang hormat pada guru. Cerita kisah2 imam besar dulu2 menunjukkan mereka sanggup merantau jauh untuk mencari guru bagi menuntut ilmu. Zaman sekarang guru tunggu anak murid, malahan ada anak murid yang lebih advance dari guru baik dari segi apa yang dimiliki dan ilmu yang dimiliki. Ada ramai pelajar berkereta berjenama walhal cikgu berkapcai ke tempat belajar.
Dulu pendedahan kurang, tapi sekarang dunia siber, dunia tanpa sempadan. Tak heran fesyen yang dipakai di Amerika misalnya dapat ditiru dalam waktu yang singkat oleh anak muda di sini.
Dulu apa yang dicakap oleh orang tua, tanpa banyak soal terus patuh. Sekarang tidak, semua arahan mesti logik akal..bak kata lagu Indon tu..'ada logika'. Anak kecil sekarang dah tau nak handpon yang ada lagu, ada kamera. Dulu, anak2 cuma dapat kamera plastik bila tok opah mereka bawa balik dari Mekah. Masa dulu kurang pengaruh luar dan masih terkawal. Kini zaman dah berubah, dunia dah maju. Tapi tara itu, masih ramai yang menonong dalam tingkah laku. Sebab itu pemimpin sekarang perlu gandingan orang lama dan baru. Yang lama ada pengalaman, yang baru pula dah pasti memahami citarasa dan naluri orang lani.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan