Isnin, 5 Oktober 2009

Keliwon, saka, mandrum dan seangkatan dengannya


Sejak akhir2 ini drama dan filem yang melibatkan keliwon, saka, antu dan sekutu dengannya amat digemari ramai. Walaupun takut2, ramai gak yang suka tenguk. Jadi tak secara langsung rating kepopularan keliwon, saka, antu dll meningkat seadanya. Di zaman orang Malaysia dah boleh sampai ke ISS ini, apa yang ada di zaman datuk nenek kita dulu masih diminati ramai.Ada gak usaha menjejaki keliwon di TV, satu usaha yang terang2 kelakar. Tak payah gi jauh2, kat BBB ni pun banyak ada!


"When u feel something, there must be something!"...itu bahasa Birch menerangkan ujudnya keliwon. Orang Melayu selal dikaitkan dengan semua ini bila berhadapan dengan hasad dengki, perebutan kuasa/harta/popular atau pun saja2 kerana dalam dunia ini ada juga spesies yang tak boleh tenguk orang senang.Dalam istilah homeopati orang sebgini diklasifikasikan sebagai 'itchy minded person'. Ada juga yang berilmu ingin test power atau recharge apa yang ada. Cara mudah, depa test masa kenduri, kedai makan, tempat orang ramai dan ada juga sengaja dituju. Soalan cepumas yang Pak Majid tanya adalah "macamana kamu dapat tau?Kamu nampak ke?". Kebetulan masa tu ada yang lebih arif, secara spontan dijawabnya 'Imbasan!'.


Selaku manusia yang digelar insan atau manusia pelupa (Melayu mudah lupa), kita sering terlepas pandang kerana bersangka baik pada orang. Justru itu kadang2 kita pergi makan kedai, kat kenduri pakai belasah saja. Walhal ada tatacara pelindungnya selain membaca doa makan. Ada orang berkata,"orang lain makan ok aje, tak kena pun". Itu orang lain, bila ada orang test power tak semua orang yang kena. Ada 1 insiden seorang itu baru makan 2,3 suap makanan dalam satu majlis tiba2 muntah lendir penuh pinggan. Saya tolak makanan itu kerana ada kemungkinan ada benda tak diundang. Bila dibaca ayat Kursi terus menangkap karen nya. maka sahlah ada yang test power.


Bagaikan magnet dan magnetic field, kita akan terasa kat mane ada keliwon/makhluk halus itu berada. Kadangkala dengan bacaan ayat2 suci AlQuran saja dia boleh belah, kadangkala perlu direnjis dan kadangkala perlu cakap Melayu/BI/Jawa dll agar dia paham dan belah. Kadang2 ok tapi kadang2 melawan balik. Tu kes beratla...


Gerak hati adalah satu bidang yang mudah untuk mengenali sesuatu. Orang yang ada niat tak baik, jarang sekali dapat tenung tepat mata kita berdepan. Bila bercakap ekor mata tak menumpu, menjeling semacam menunjukkan apa yang dimulut jauh dari apa di hati. Apa yang di digambar di mata menunjukkan betapa tak beraninya dia berhadapan dunia yang nyata.


Ada yang bertanya buat apa semua itu?Dulu ya la tak de trakter, jentolak, chain saw. Maka orang dulu2 guna jin buat semua kerja tu, malahan Nabi Sulaiman pun guna untuk pindahkan istana kan. Tapi itu nabi, ni kita manusia biasa.Cukuplah kita dengan dunia kita dan keliwon dengan dunia dia. Tu yang kadang2 aku kabo kat 'deme' tu, "Main jauh2!Jangan kacau la!!!". Apa yang diajar nabi pun banyak lagi kita tak tau. Cukuplah AlQuran dan hadis jadi rujukan dan pegangan kita. Moga2 kita, anak2 kita, bini kita, keturunan kita dan kaum keluarga kita diputuskan hubungan dengan sebarang saka serta keliwon ini. Hidup kita bukan takat sini saja, jauh lagi perjalanan kita di akhirat nanti. Pada Allah jua kita bergantung sepenuhnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan