Selasa, 27 Oktober 2009

Lagi kes tak ambik berat soal keselamatan


Berita 22 budak sekolah rendah terjatuh dalam sungai dan dikuatiri lemas berlaku di Kuala Dipang, Perak tak jauh kampong ku Malim Nawar amat menyedihkan. Jambatan gantung yang baru dibina ternyata tidak kukuh dan selamat digunakan. Tetapi macamana semua ini boleh digunakan oleh budak2 yang diberitakan seramai 30 orang berada atas jambatan sewaktu ia runtuh.Di mana guru2 dan petugas2 yang sepatutnya mengawasi budak2 itu terutama waktu malam?


Aku sedih kerana arwah bapa dulu pernah jadi guru besar Sekolah Kebangsaan Kuala Dipang. Aku dan famili juga kadang2 manda mandi dekat air terjun Salu tak jauh dari situ. Aku juga pernah ikut arwah bapa menjala ikan di Sg Kampar yang laju dan dalam itu, bersambung ke Sg Kinta yang akhirnya bertemu Sg Perak. Sebelum ni ada kenderaan terjatuh dalam sungai dan ada yang mati lemas tapi kali ini amat trajik sebab jelas ciri2 keselamatan tidak diambik berat/terlepas pandang atau ...


Yang pasti perkara dah berlaku dan macam biasa, salah menyalah akan berlaku. Yang kehilangan anak juga yang menanggung akibatnya sepanjang hayat mereka. Tahun 70an dulu feri karam di Sg Kerian, ada adik kawan aku Rosli Ahmad meninggal dunia. Sedih mendengar cerita macamana di hari peristiwa itu berlaku. Dalam TV tadi macam2 hal diceritakan, ada mak bapak yang tak tahu pun yang anak mereka masuk program berkhemah itu. Ada yang kata dah hantar borang sign kebenaran mak bapa untuk ikuti program itu. Memanglah yang sign tak akan tuntut apa2 jika berlaku apa2 tetapi pihak penganjur kenalah proaktif dan bertanggungjawablah ke atas keselamatan budak2 itu. Mungkin mak bapa pun ramai tak tau ada program lalu atas jambatan gantung malam2 buta tu.


Kita tenguklah senario seterusnya sape yang bakal dipersalahkan....semoga semua mangsa dapat ditemui samaada hidup atau pun....dan isu ini dapat ditangani sebaik mungkin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan