Khamis, 1 Oktober 2009

Jumaat datang lagi


Jumaat datang lagi

Macam minggu2 sebelum ini

Pejam celik dah jumpa lagi


Jumaat datang lagi

Penghulu segala hari

Hari khutbah dapat diikuti


Jumaat datang lagi

Disebalik kesibukan tiap hari

Penghujung hari kerja minggu ini


Jumaat datang lagi

Hari dimana kiamat bakal menonjolkan diri

Akhir kalam nanti


Jumaat datang lagi

Mengingati insan kuasa Illahi

Agar insaf kehidupan kekal abadi


Jumaat datang lagi

Dalam mengejar habuan duniawi

Jambatan kehidupan akhirat nanti


Jumaat datang lagi

Tidak seperti gempa bumi

Maupun bencana tsunami


Jumaat datang lagi

Manafaat bagi yang mengerti

Tak de apa2 bagi yang buta hati



BBB02102009

Tiada ulasan:

Catat Ulasan