Isnin, 5 Oktober 2009

Kewarasan dalam hidup


Rata2 manusia hari ni memang perlu waras agar terus hidup dalam ekosistem yang seimbang. Dalam masyarakat yang tak waras atau sakit, mungkin di kalangan mereka menganggap kita yang waras ni pula yang tak waras. Namun begitu mengikut pengamatan harian, banyak insiden, tingkah laku kurang waras yang dilakukan oleh kita terutama golongan anak2 yang bakal jadi pemimpin masa depan.


Di musim raya ini, pernah berlaku sekumpulan budak2 pertengahan umur beramai2 nak berkunjung raya di waktu zohor. Sudah la rumah yang nak dikunjungi tidak dikenali, datang dengan gaya samseng bermotosikal berderum2 dan terjerit2 nak beraya nak beraya....Adakah ini budaya yang diterapkan?Adakah kunjungan raya motifnya atau mengumpul duit raya? Insiden lain pula, budaya tidak tau apa yang dibuat itu bahaya. Ada remaja yang membakar sampah bersama tin semburan cat yang kosong. Sudah tentu meletup malahan dah tertulis pada tong itu dilarang terkena api tapi akibat tak ambik kisah kurang waras maka jadilah begitu. Anak2 sekarang kurang tau atau buat2 tak tahu apa yang dilarang dan di suruh. Ramai yang dilihat tak tahu menghormati tetamu, sedara mara atau pun mereka yang lebih tua. Masing2 lebih pada 'dunia mereka sendiri'. Budaya handphone, sms,mms,iphone serta bermacam2 kecanggihan yang ada banyak melekakan mereka dari asas yang perlu. Kewarasan entah di mana, ada ibubapa yang mengeluh, anak2 tak mau dengar cakap tapi bila nak top up baru nak tersengih2 buat muka seposen. Ramai yang tak suka membaca, termasuk surat khabar.Maka jadilah katak bawah tempurung, tak tau pun kat mana gempa bumi berlaku baru2 ni..contohnya.


Asas kewarasan ini jika tak diterap melalut ke peringkat pengajian tinggi dan akhirnya di alam pekerjaan. Budaya menonong akan berlaku dan akhirnya dah terlingkup baru nak cari orang yang berkenaan untuk minta nasihat dan tunjuk ajar.Budak2 sekarang cepat, kreatif dan berani mencuba.Sebab itu mereka dapat menggunakan handphone, laptop, macam2 alat letronik terkini dengan mudah. Ini jauh berbeza dengan orang2 lama yang agak fobia dengan kebanyakan alat2 canggih ni.


Alangkah cantiknya jika keupayaan, keberanian, kreativiti budak2 zaman sekarang diiringi dengan sifat kewarasan dalam hidup...ada yang kata 'lateral thinking'..ada yang panggil 'simple logic atau logik akal'. Tapi orang kampong dari dulu lagi dah tahu apa itu istilah panjang akal, pendek akal. Yang menonong tentunya pendek akal. Yang berfikiran jauh, berwawasan ada kewarasan tentulah yang panjang akal. Semoga kewarasan dalam hidup dapat diterapkan dalam anak muda zaman sekarang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan