Hari ni ada urusan di Beranang. Agak lama juga tak lalu jalan situ. Tesco pun dah ada tak jauh jalan Semenyih tu. Tak nak jem boleh lalu highway LEKAS. Balik lalu jalan ke Kajang ok tak jem tapi arah ke Semenyih yang jem. Sampai di Metro, anak isteri pergi shopping. Jadi aku pergilah minum2 kat kedai mamak di situ.
Semasa menikmati tetarik dan mi goreng mamak, sementara menunggu anak isteri datang, seronok juga memerhati gelagat orang. Sebelah meja dua anak gadis minum, seorangnya merokok tanpa segan silu walaupun NO SMOKING terpampang di dinding. Dia bertindik merata kat telinga. Mungkin itu trend sekarang, tak tau la. Dia juga offer kawan dia rokok tapi tak mau. Di bahagian depan, ada dua salesgirl pakai nametag dan tag 'off duty', agaknya keluar rehat lah tu. Depa pun pekena tetarik dan teh o limau ais. Ramai pekerja di situ melayan pelanggan tapi yang pasti mereka ni pekerja dari India. Ada yang perlu diberitahu berkali2 baru faham betul apa yang dipesan. Ada juga yang fasih Bahasa Melayu macam Mr Muthu tukang gunting dari Chennai yang diceritakan sebelum ini.
Maknanya di mana jua berada, ada saja pekerja luar. Di rumah2, ramai guna pembantu rumah dari Indon. Kat ladang, tempat pembinaan dah tentu pekerja Indon ramai, kat opis, cleaner dan Jaga orang Bangla, Myanmar dan Nepal. Kat kedai makan lani ramai dari India. Kat hospital pun dah ramai Dr dari luar. Kat tempat refleksologi, urut orang dari China pula. Kat tempat parking, yang minta derma dan jual macam2 tu dari Afganistan, Pakistan dan Selatan Thai. Ada yang minta derma cakap pun tak pandai tapi bila bagi RM5 tak nak, tau pula bercakap Melayu..rupa2nya nak RM10..hehe! Ada yang buat part time potong rumput dan kutip barang2 lusuh/scrap. Gitulah mewahnya banyak sumber pekerjaan di negara tercinta ini.
Teringat pula cerita anak sedara dari UIA yang cerita student dari China lawa2..kadang2 terfikir pula ke mana pergi orang2 kita? Kat U pun dah ramai orang luar. Kalau pergi Metro Kajang hari cuti, terasa macam bukan kat sini lagi. Begitulah juga paparan akhbar dan TV jika cuti perayaan, ramai yang berada di KLCC adalah orang luar. Teringat juga seorang siswazah lulusan Unimas 2006 yang hadir interbiu, bila ditanya dah berapa kali pergi interbiu keje? Jawab dia ringkas macam sms juga, "Tak larat nak kira dah!" Maknanya bukan senang nak dapat keje lani. Mungkin untuk jawatan tertentu, walhal dalam tugas2 yang diceritakan tadi kita masih memerlukan pekerja luar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan