Rabu, 7 Oktober 2009

Bersyukur pada Tuhan, berterima sesama manusia


Kadangkala bila kita susah, kita selalu sangat ingat pada Tuhan, ingat pada kawan2, sedara mara yang rapat dan jiran tetangga atau kawan sepejabat yang boleh diharap. Terasa nikmat yang amat berharga masa tu bila 'Masih ada yang sudi' (tajuk novel aku yang tak siap2 lagi) membantu, atau sekurang2nya mendengar masalah kita.


Tapi bila keadaan berubah, mungkin sudah agak selesa atau mungkin juga amat selesa, kita mudah terlepas pandang untuk bersyukur pada Tuhan yang telah menganugerah nikmat yang tak diduga, mungkin rezeki, mungkin kelapangan, mungkin dah sihat dll. Kita mudah juga lupa jasa2 orang2 yang berbuat baik pada kita, kalu di opis, mereka2 yang telah membantu kita di kala susah dan senang. Kita lupa atas jasa2 merekalah kita berada di kedudukan yang selesa.


Tapi setakat tak bersyukur, tak berterima kasih masih tak berapa teruk lagi walaupun memang tak bagus. Ramai juga yang mengalami situasi 'bumi kemarau setahun, banjir dik setitik embun!', jasa dan khidmat bakti seseorang itu hilang begitu saja bila orang itu ada buat sikit silap atau ter ter....atau mungkin dah ada dahan baru, dahan lama dicantas buang!


Mampukah kita terus bersyukur pada Tuhan, berterima kasih sesama manusia? Mampukah kita mendongak langit sambil teringat rumput di kaki?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan