Sabtu, 3 Oktober 2009

Majlis nikah Nana


Akhirnya Nana selamat dinikahkan semalam. Aku jadi penyambut dan MC bagi pihak pengantin perempuan. Proses nikah mudah dan lancar, tak perlu banyak soaljawab lagi, kata tok imam tak perlu mengaibkan pengantin kerana adakala orang yang tahu pun di masa itu tak boleh jawab, yang penting mereka dah ambil kursus kahwin, dah istighfar, mengucap sebelum bernikah.


Maka jadilah Nana kini menantu dan isteri orang. Ketaatan dan segala2nya direct di bawah akaun suaminya sekarang. Adik beradik 10 orang hadir kecuali Yop Tan dan Kak Jah. Selain jamuan buffet, ada juga yang bawa durian dan longan. Ramai yang terpegun tenguk pokok cili abang jun dalam polibeg di luar dan seberang rumah. Bak kata pengarah/bos dia, Zul ni sepatutnya orang pertanian ni...suka menanam. Aku juga terpikat cara bos dia yang low profil dan mudah mesra, selalu senyum, satu watak yang unik bagi pengarah yang ada di Malaysia ni..hehe..kerana lazimnya peringkat macam tu ramai yang payah nak senyum, berkerut dahi dan 'no sense of humour'!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan