Semalam aku dapat mengikuti satu ceramah motivasi merangkap ceramah agama yang disampaikan oleh ustaz Halaqah TV9 yang kebetulannya salah seorang imam di surau kariah aku. Selaku manusia, kita kena diperingatkan dari masa ke semasa. Apatah lagi kita ni Melayu yang terkenal dengan budaya 'Melayu mudah lupa!'.
Memanglah ancaman pada diri, famili, kawan2 ada dalam diri dan luar juga.Namun kekuatan dalaman tu lah yang amat penting. Manakan boleh sesuatu kekuatan rumah jika ditempel dengan konkrit sahaja walhal tiang rumah sudah mereput kan! Asas ketakwaan pada Allah amat penting dan tatacara menghadapi cabaran perlu dibuat secara teliti dan istiqomah. Ada yang bertanya tentang cara nak menghindari rasuah. Ramai yang mempunyai persepsi rasuah tu melibatkan duit sahaja. Sebenarnya ia merangkumi ruang lingkup yang luas. Salahguna kuasa, konflik kepentingan terhadap anak isteri/kroni, tidak berlaku adil, tidak amanah, hanya mementing diri sendiri/anak bini/kroni,membuat keptusan yang tidak mengikut peraturan malahan bercanggah dengan tatacara normal,menganiaya,nepotisme dll adalah perkara2 yang boleh berkait dengan rasuah. Maknanya jika diteliti betul2, penjara Sg Jelok pun mungkin tak muat untuk pesalah rasuah bagi satu2 jabatan/agensi!
Sebenarnya bak kata Ustaz, terpulang pada niat. Orang nak buat jahat tentu dah ada nawaitu nak buat macam tu, dia korner sana sini bagi nampak bersih tapi benda busuk mane boleh ditudung begitu saja. Lalat langau menghurung, bau yang tengit, akhir kalam terserlah jua.
Bagi ceramah motivasi, walaupun ada kalanya peringkat peserta di usia senja tidak banyak dapat memberi kesan.. Seperti istilah kain yang dicelup klorox pun tak tentu boleh clear macam kita nak, setidak2nya warga senja juga tak diketepikan agar diberi nasihat, motivasi agar jika ada yang terbabas, kembalilah ke pangkal jalan atau landasan yang betul. Seperimana biasa, ceramah pun ramai Hawa dari Adam yang datang mendengar di mana jua anda berada. Adakah Adam kian pupus atau itulah trend nya?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan