Isnin, 12 Oktober 2009

People buys with their own eyes


Ada orang kata kita semua di kontrol oleh mata dan hati bukan otak dan pemikiran rasional. Sebab tu ramai yang ble tenguk orang terus mulut bercakap. Kita jarang tapis dan menilai sedalam2nya sebelum membuat komen atau lontaran mulut hasil dari imej yang dilihat oleh mata. Tu yang Mat Saleh kata tadi orang membeli dengan mata dia orang.Maknanya kalu packing baik, cara penampilan menarik terus laku. Mata pintu hati sebab dari mata terus ke hati. Kalu hati rosak, jadi jondis maka kuninglah jadi mata. Mulut pintu perut Kalu penghadaman tak bagus, macam2 ada tunjuk kat mulut kat lidah macam ulser dll. Kalu mulut tak makan saman, kira dah tentu perut pun kurang baik la.


Gitulah hidup di dunia. Apa yang dimiliki samada duit, harta, anak bini, kejayaan semuanya jadi pengukur dan benchmark umum. Kalau takat laeh saja, tak sape memandang bahkan selalu terlepas pandang. Bagi yang ada semua itu mungkin tak perasan atau terasa. Ianya hanya akan terasa bila semua tu ditarik balik Tuhan dari masa ke semasa atau masa terlentang sorang2 dalam wad ke.Tapi pada sudut sebenar2nya, semua itu hiasan/asesori aje. Tuhan tak pandang semua itu. Yang beza bukan warna kulit, harta, g2 gni tapi ketakwaan kita. Eh macam ustaz pula bunyinya ya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan