Hernia (Angin Pasang)
Oleh:
Hp Hj Mohd Roslan Hj Md Noor
Ahli Persatuan Perubatan Homeopathy Malaysia
Seringkali kita mendengar pakar sakit puan menerangkan penyakit-penyakit yang berkaitan dengan perempuan. Namun begitu amat terhad sekali, sakit tuan diketengahkan. Angin pasang, angin pepasang atau hernia misalnya dikaitkan dengan usus yang termasuk ke dalam satu ruang atau rongga melalui pembukaan yang tidak normal. Jadi, angin pasang boleh berlaku di mana saja dalam tubuh badan kita.
Hp Hj Mohd Roslan Hj Md Noor
Ahli Persatuan Perubatan Homeopathy Malaysia
Seringkali kita mendengar pakar sakit puan menerangkan penyakit-penyakit yang berkaitan dengan perempuan. Namun begitu amat terhad sekali, sakit tuan diketengahkan. Angin pasang, angin pepasang atau hernia misalnya dikaitkan dengan usus yang termasuk ke dalam satu ruang atau rongga melalui pembukaan yang tidak normal. Jadi, angin pasang boleh berlaku di mana saja dalam tubuh badan kita.
Angin pasang yang berlaku dalam kerandut buah zakar dikenali sebagai ‘indirect inguinal hernia’. Wanita juga boleh mengalami angin pasang yang sama, cuma ia berbeza di mana usus terkeluar dari perut dan masuk ke bahagian kelangkang atau sebelah tundun melalui lubang atau pembukaan yang tidak normal. Kesimpulannya, lelaki dan wanita memang boleh mengalami angin pasang.
Pada peringkat awal, angin pasang tidak kelihatan jelas kecuali usus yang termasuk dalam ruang atau rongga itu mengembang akibat perjalanan angin atau makanan. Apabila angin tiada atau keluar dari bahagian usus dan usus kempis serta tiada pergerakan makanan di dalamnya, perkembangan ruang atau rongga itu berkurangan dan angin pasang kurang kelihatan.
Apabila tiada angin, hernia kelihatan berkurangan. Disebabkan angin pasang boleh membesar akibat kemasukan lebih usus, usus boleh terpulas atau terhimpit oleh lubang yang dimasukinya. Ia tidak boleh dibiarkan dan perlu dipulihkan supaya perkara yang tidak diingini tidak berlaku atau pun menjadi kronik.
Dalam perubatan konvensional, angin pasang boleh diubati melalui pembedahan pemulihan di mana usus dikembalikan ke dalam perut dan lubang yang tidak normal itu ditutup serta dinding perut dikukuhkan supaya ia tidak berulang. Pengamal perubatan konvensional berkeyakinan besar angin pasang (Hernia) boleh dirawat sepenuhnya dengan pembedahan. Ia tidak menyebabkan maut kecuali dalam kes di mana usus memasuki lubang hernia dan menyebabkan bahagian usus itu mati akibat kekurangan darah. Terdapat juga kaedah tradisional yang menggunakan teknik mengurut bagi membetulkan keadaan, namun begitu keberkesanannya mengikut tahap penyakit tersebut dan dengan keizinan ALLAH SWT juga. Perubatan homeopathy pula memberi penawar yang sesuai berasaskan simptom semasa atau gambaran keseluruhan (totality symptom) pesakit tersebut.
Bagi individu yang berasa dirinya terkena angin pasang, segeralah menjalani pemeriksaan untuk kepastian, sama ada masalah yang dialaminya itu angin pasang atau sebaliknya. Mungkin maklumat yang dijelaskan tadi dapat membantu kita memahami angin pasang dan istilah lain yang digunakan untuk masalah yang sama.
Mungkin ramai yang ingin bertanya tetapi malu dan segan. Misalnya perubahan rupa bentuk kerandut dari masa ke semasa. Kebiasaannya apabila waktu sejuk, kerandut buah zakar mengecut dan ia mengembang apabila cuaca panas. Ia berlaku kerana kawalan tahap suhu ke tahap optimum untuk proses pembiakan sperma.
Lelaki yang mahu menjaga kesihatan buah zakar disyorkan supaya memakai seluar dalam longgar dan tidak menghimpit buah zakar. Tanpa sebarang tekanan kepada buah zakar, maka fungsi pembiakan sperma berjalan lancar. Selain itu, elakkan duduk dengan merapatkan peha atau menyilang kaki kerana ia akan menghimpit buah zakar. Pada masa yang sama, elakkan mandi air panas dan sauna serta jangan merokok dan meminum minuman keras.
Rawatan homeopathy bagi Hernia / Angin Pasang
Rawatan homeopati amat berkesan untuk masalah hernia/ angin pasang dikalangan kanak-kanak. Biasanya kita gunakan 'Lyco 30 atau Calcarea carb 30'.
Hydrocele
Manakala satu lagi istilah ia itu hydocele adalah pengumpulan cecair sekeliling buah zakar terutama dalam kanak-kanak yang menyebabkan buah zakar kelihatan membengkak. Scrotum yang normal tidak mengumpul cecair yang banyak. Terdapat dua jenis hydrocele iaitu communicating hydrocele dan non communicating hydrocele . Jenis pertama mempunyai ‘processus vaginalis’ yang masih terbuka dan menyebabkan cecair bergerak diantara abdomen dan tunica vaginalis dalam scrotum. Manakala jenis kedua, tiada cecair boleh bergerak antara abdomen dan scrotum tetapi tunica vaginalis mempunyai cecair.
Rawatan homeopathy bagi hydrocele
Rawatan homeopathy seperti Arnica 30c, Bryonia 30c atau Rhododendron 6c boleh diberi. Namun begitu pemeriksaan homeopath adalah perlu bagi meneliti segala gejala simptom yang ada sebelum penawar diberikan.
ada org ngeri nengok gambornyer...dia kata nak berubat tp bila tak ada sakit lupa plak jln ke hospital.Mungkin kawan tu riso ninggalkan anak bini kalau dia kena masuk wad..Ntahler.Mudah-mudahan cepat ler kwn tu berubat,sama-sama ler doakan. Amin...
BalasPadam